Friday, February 28, 2014

HISTORY RACE - EPISOD 2 ~ BE ENERGETIC

STARTING LINE - GELANGGANG TAKRAW
Jam 3.00 petang, Chaous Charmed, pasukan pertama dilepaskan. Disusuli dengan Sklerenkima 1.30 minit kemudian dan pasukan terakhir Wild Force pada jam 3.12 petang. Beza masa pasukan dilepaskan bergantung samada lebih atau kurang lima minit waktu pasukan tiba pada episod lalu. Pasukan Historical mengambil risiko berlumba dengan dua orang ahli sahaja iaitu Ada dan Wawa kerana Noriah mengalami masalah kesihatan.

BLOK 1 - SEKOLAHKU SEJARAHKU ~ PIAGAM SEKOLAH
Dalam blok ini, pasukan diberi pilihan untuk menyelesaikan satu daripada 2 tugasan.
Tugasan 1 - Melukis dan memberi maksud lencana SMKGP, menulis lirik lagu Didikan Asas Jaya dan menjawab lima soalan sejarah sekolah ini.
Tugasa 2 - Melukis pelan sekolah dan melabelkan bilik dan mengisi kedudukan kelas tingkatan 1 hingga 6. Kebanyakan pasukan memilih untuk menjawab Tugasan 1 dan hanya beberapa pasukan memilih Tugasan 2 kerana tidak dapat menjawab 5 soalan sejarah sekolah pada Tugasan 1.

BLOK 2 - AKADEMIK SEJARAH ~ KANAN & KIRI
Pasukan perlu mencari pasangan fakta sejarah yang dicetak pada kertas-kertas yang diselerakkan di gelanggang bola tampar. "Games' ini menguji kemampuan daya ingatan ahli pasukan dan pengetahuan fakta sejarah. Pasukan terpaksa bermain secara bergilir-gilir appabila pasukan lain tiba di sini. Di sinilah pasukan berpeluang untuk memotong kedudukan pasukan lain.

 BLOK 3 - IQ ~ SMS
Bertempat di Kolam Ikan Bengkel Seni, pasukan perlu menjawab 3 soalan menggunakan konsep SMS seperti apda telefon bimbit. Pembayang dan nombor ajwapan diberikan. Pasukan hanya perlu menukar nombor tersebut keapda huruf untuk menemukan jawapan yang tepat.

BLOK 4 - EKSTRA ~ KAPAL TERBANG KERTAS
Pasukan perlu mencari 3 kapal terbang kertas bercop SMKGP. Cabaran untuk pasukan kerana kapal terbang tersebut berada di 3 tempat berbeza dan di setiap satu tempat terlalu banyak kapal terbang yang berserakan. Pasukan yang bijak mengatur strategi akan berpecah untuk mendapatkan kapal terbang tersebut dengan cepat. tetapi ekbanyakan pasukan mencari kapal terbang kertas tersebut secara bersama-sama. Pasukan yang menemukan 3 kapal terbang kertas putih tersebut perlu menukarkannya dengan kapal terbang kertas biru yang menyatakan destinasi terakhir (Pit Stop) untuk episod kali ini.

PIT STOP - TAPAK BENGKEL PERTANIAN
4 minit lambat di belakang Wild Force, Sri Panca Delima - MR, Donny & Hairy adalah pasukan terakhir yang tiba pada episod kali ini.Ini bermakna, mereka adalah pasukan pertama yang disingkirkan dari perlumbaan ini. Namun syabas diucapkan kepada Sri Pancha Delima kerana berjuang dengan cemerlang walaupun tewas dan mengamalkan permainan yang bersih. Tahniah juga untuk Historical kerana berlumba tanpa ahli yang cukup. wild Force terselamat dari tersingkir kerana memintas Sri Pancha Delima dengan menggunakan Kad Transit. Teruskan perjuangan anda untuk episod kana datang!

HISTORY RACE - EPISOD 1 ~ THE RACE BEGIN

Salam Blog untuk semua,

Setelah hampir sebulan persediaan dibuat, tibalah masanya Episod 1 iaitu History Race '04 dilancarkan dan ini bermakna, program ini harus berlangsung sehingga episod terakhir. Ini juga membawa maksud, aktiviti persatuan telah pun terisi untuk sekurang-kurangnya 10 minggu perjumpaan. Secara tidak langsung guru dan pelajar samada peserta mahupun krew akan terlibat secara aktif dalam aktiviti persatuan. Menarik bukan?

Jadi mari kita sama rasai keseronokan mereka berlumba dalam setiap episod The History Race '04.

EPISOD 1
   


11 team dilepaskan serentak pada jam 3.30 petang di Dataran kejat di hadapan tiang bendera. Mereka tidak menduga akan melalui blok cabaran yang begitu mencabar dan pelbagai kemungkinan akan berlaku sepanjang perlumbaan.

 Blok 1 - Satu Ikatan

Team disatukan dengan mengikat badan mereka menggunakan tali, benang dan kertas. Team akan bergerak  dari satut emapt ke satu tempat yang lain di kawasan sekolah. Kebanyakan team terpaksa mengulangi ikatan kertas kerana kerap terputus dalam perjalanan dari kantin ke gelanggang Blok A. Team perlu menuju anak tangga gelanggang Blok A untuk mendapatkan kad info ke 2
 
 Blok 2 - PIRAMID SEJARAH
Kemahiran komunikasi yang berkesan memudahkan team. Seorang ahli team membayangkan perkataan dengan lisan (tidak boleh membuat sebarang gerakan) sementara 2 orang ahli team meneka perkataan tersebut mengikut kategori yang dipilih. Setiap kategori mengandungi 10 perkataan yang perlu dijawab dalam masa 1 minit. Team yang gagal dikenakan denda menunggu team yang berikutnya. Kad Transit disediakan di sini dan team boleh skip Blok 3 atau Blok 4.

BLOK 3 - IRAMA PATRIOTIK
Kesyunyian SMKGP petang Jumaat digamatkan dengan suara emas team. Dalam blok ini, team perlu menyanyikan lagu wajib iaitu Negarakku dan Didikan Asas Jaya (Lagu Sekolah). Setiap ahli pula secara bersendirian perlu menyanyikan lagu pilihan samada Jalur Gemilang atau Keranamu Malaysia. Sebahagian team hanya menyanyikan lagu wajib kerana dibatasi oleh faktor masa,

BLOK 4 - SEKOLAHKU SEJARAHKU @ LOGO&KELAS
Kebanyakan masa team banyak dihabiskan di sini kerana team perlu mendapatkan 10 logo History Race di kelas tingkatan yang berbeza. Kecuaian beberapa team mengambil logo dengan tidak mengikut sususan menyebabkan kelewatan dalam menyempurnakan tugasan blok.

PIT STOP - GELANGGANG TAKRAW
Keputusan tiada pengingkiran pada episod ini menggembirakan team terakhir uang tiba dan memberi semangat persaingan yang lebih kepada team lain. Keriangan jelas tergambar pada wajah semua team kerana keseronokan menyertai perlumbaan akademik ini.


Sampai jumpa di post Episod 2...

History Race

Saya seorang individu yang suka melihat, memerhati dan cuba menyelaminya pada setiap apa yang saya lalui seharian. Begitulah yang terjadi apabila saya menonton rancangan siri realiti popular The Amazing Race. (Season 1). https://www.facebook.com/amazingrace?fref=ts



      Saya melihat keseronokan peserta berlumba menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menuju ke destinasi terakhir secepat mungkin untuk mengelakkan dari tersingkir. Idea ini terus berkembang dan saya rekodkan di dalam komputer. Ketika itu saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

PENGURUSAN PROGRAM

 Peluang menjadi guru tidak saya lepaskan untuk bergiat aktif menyalurkan idea ini dan hasil perbincangan bersama guru penasihat dan pentadbir, kertas kerja program ini telah diluluskan dan bermulalah episod pengurusan. Berikut saya kongsikan kronologi pengurusan program ini.

1. Brainstorming idea di peringkat Pentadbiran dan pengurusan Guru Penasihat.
2. Kelulusan Kertas kerja & Penajaan Sumber kewangan
3. Mencari barisan krew di kalangan murid / ahli persatuan
4. Iklan dan promosi program
5. Pencarian peserta secara berkumpulan
6. Mengumpul idea, bentuk tugasan, tarikh pelaksanaan, bahan dan sumber program
7. Taklimat krew mengenai pelaksanaan pertandingan setiap episod
8. Taklimat peserta mengenai syarat pelaksanaan dan memorandum penyertaan
9. Pelancaran Program bermula Episod 1
10. Episod 2 sehingga Episod Akhir khas Merdeka
11. Penyampaian hadiah
12. Postmorterm program bersama guru penasihat dan barisan krew.
13. Re union peserta dan krew program.

Pengurusan program (Episod 1) mengambil masa selama 3 minggu.bermula dari sesi Brainstorming sehingga Episod 1 (Pelancaran Program).

Cara Permainan :

SISTEM EPISOD
- Perlumbaan dijaankan secara episod mengikut hari kokurikulum.
- Dalam setiap episod, peserta harus menyelesaikan semua 4 tugasan dan berlumba. Peserta yang terakhir sampai di garisan penamat akan tersingkir.



BLOK CABARAN

- setiap episod, peserta perlu menyelesaikan 4 tugasan / blok cabaran iaitu, Akademik Sejarah, IQ Games, Sekolahku Sejarahku dan Cabaran Ekstra.

Untuk foto-foto lanjutan tentang pengurusan, saya ada post kan di facebook mengenai iklan, team, dan lain-lain lagi. Klik di sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.378442418964830.1073741830.377937429015329&type=1



SMKGP, Satu Sejarah

Sejarah


Sekolah Menengah Gelang Patah merupakan paltform di mana saya  berkhidmat sebagai guru. Di sini saya berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bermula Ogos 2003 sehinnga Disember 2004. Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang berkhidmat di sini. Apa yang menyeronokkan, dalam usia setahun jagung dan tanpa pertauliahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia, saya diberi kepercayaan untuk menganjurkan program, melatih murid dan sebagainya sepertimana guru yang bertauliah. Dari sini saya mula menyedari akan kemampuan dan kecintaan saya dalam dunia perguruan. Untuk throwback penglibatan saya di SMKGP, sila lihat album

Alhamdulillah, usaha saya yang sedikit dan dalam masa yang singkat ini diberikan anugerah sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Aktif melalui Persatuan Sejarah pada Karnival Hari Kokurikulum SKM Gelang Patah 2014. Terima kasih atas kepercayaan ini kerana anugerah ini mengenepikan guru-guru sedia ada. malu pun ada juga untuk menerimanya kerana saya hanya 'menumpang' seketika.


Seperti tujuan asal blog ini untuk mengetengahkan idea kreatif guru untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif, untuk post seterusnya, saya akan berkongsi dengan Program History Race yang menjulang nama saya di SMKGP 2004.


Selamat Datang




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung. Suka untuk saya berkongsi rasa keterujaan saya terhadap dunia pendidikan yang hampir satu dekad saya lalui. Di sini saya akan kongsikan pengalaman, kejayaan, teknik dan ABM yang menarik dan kreatif untuk diaplikasikan oleh guru-guru semua. Semoga perkongsian ini membuahkan sesuatu yang positif dan cikgu-cikgu lebih kreatif dan inovatif untuk menghasilkan murid yang lebih aktif dan produktif.