Monday, March 3, 2014

THE COLOURS, THE TEXTURE & ME

Kali ini kita zoom ke 2014, kerana saya tidak lagi tertahan untuk berkongsi idea yang satu ini. 

T H E  C O L O U R S

Syukur saya panjatkan kerana belumpun suku tahun pertama 2014 tamat, sekolah saya telah membuat rekod dengan banyak kejayaan-kejayaan besar. Alhamdulillah. Dalam hati memang berbunga-bunga ni sekadar refleks kepada kepuasan diri atas pencapaian diri dan rakan-rakan serta sekolah umumnya. Kembali kepada topik warna kali ini, petang tadi kumpulan guru-guru Panitia Agama Islam, Bahasa Arab & J, Qaf dan beberapa guru yang dijemput termasuklah saya sendiri bersantai dalam sesi Brainstorming untuk mengumpul segala sumber idea. Idea? Idea untuk apa pula?

Kami telah berjaya ke 'stage' seterusnya dalam Pertandingan Penarafan 5 Bintang Bilik J Qaf peringkat Negeri Johor. Alhamdulillah sekali lagi kerana ini adalah pencapaian tertinggi Panitia kerana tahun 2013 kami berada di tempat ke 2 peringkat Daerah Johor Bahru.

Sebaik masuk sahaja bilik J Qaf tersebut, terlihat kekuatan yang ada iaitu sumber tenaga dan ruang bilik yang cukup luas untuk menempatkan 'corner' pentas, sudut Qur'an, Tayangan, Pameran dan lain-lain lagi sudut bertema. 


Perkara pertama yang diutarakan adalah cat. Saya melihat beberapa katalog yang diberikan , dan merasakan ruang dinding itu perlu diberikan nafas baru dengan memberikan kesan impak pada dinding tersebut. Jadi saya memilih memberikan tekstur pada cat di dinding tersebut. katakan tidak pada cat menggunakan kaedah biasa dengan satu tona warna sahaja. Biasanya teknik ini kita ada gunakan di rumah 'mewah'. Tetapi kali ini saya mahukan ia di sekolah pula. 

 
Secara praktikalnya, kami akan bersama Artgeng iaitu satu cabang Kebiataraan Kelab Seni sekolah untuk membina jalinan projek ini. Berikut beberapa idea yang dapat saya berikan sebagai pilihan. Terdapat juga gambar yang menyatakan cara bagaimakah tekstur-tekstur tersebut terhasil.

Inilah beberapa tekstur warna yang menarik perhatian saya. Bagaimana ia terhasil? 
Lihat pada teknik-teknik di bawah ini.

Berus cat bermain dengan kadar tekanan berus dan kawalan tangan. Selalu kita kata murid ada maslah psikomotor, kali ni kita uji psikomotor kita pula.

Sikat / Garfu

Sikat poket budak lelaki sekolah menengah ;) hhehehe

Ni pula berus segala macam berus lah

Sponge adik beradik spongebob tu.



Span basuh pinggan, dah habis jangan pula diguna basuh pinggan lepas tu!

Yang ni nampak ditenyeh dengan beg plastik aje... Tapi perlu ada kelembutan dan mainan tangan di situ.

Yang ni memang alat untuk mengecat. Roller, tetapi Roller dengan tekstur kasar

Berus kain pun boleh beri impak yang hebat.

Sekarang kita lihat pula idea dari klip ini. Awesome!! Rasa tak sabar nak bertekstur di sekolah. OK, sampai jumpa lagi untuk idea lain pula.

No comments:

Post a Comment