Monday, March 3, 2014

THE COLOURS, THE TEXTURE & ME

Kali ini kita zoom ke 2014, kerana saya tidak lagi tertahan untuk berkongsi idea yang satu ini. 

T H E  C O L O U R S

Syukur saya panjatkan kerana belumpun suku tahun pertama 2014 tamat, sekolah saya telah membuat rekod dengan banyak kejayaan-kejayaan besar. Alhamdulillah. Dalam hati memang berbunga-bunga ni sekadar refleks kepada kepuasan diri atas pencapaian diri dan rakan-rakan serta sekolah umumnya. Kembali kepada topik warna kali ini, petang tadi kumpulan guru-guru Panitia Agama Islam, Bahasa Arab & J, Qaf dan beberapa guru yang dijemput termasuklah saya sendiri bersantai dalam sesi Brainstorming untuk mengumpul segala sumber idea. Idea? Idea untuk apa pula?

Kami telah berjaya ke 'stage' seterusnya dalam Pertandingan Penarafan 5 Bintang Bilik J Qaf peringkat Negeri Johor. Alhamdulillah sekali lagi kerana ini adalah pencapaian tertinggi Panitia kerana tahun 2013 kami berada di tempat ke 2 peringkat Daerah Johor Bahru.

Sebaik masuk sahaja bilik J Qaf tersebut, terlihat kekuatan yang ada iaitu sumber tenaga dan ruang bilik yang cukup luas untuk menempatkan 'corner' pentas, sudut Qur'an, Tayangan, Pameran dan lain-lain lagi sudut bertema. 


Perkara pertama yang diutarakan adalah cat. Saya melihat beberapa katalog yang diberikan , dan merasakan ruang dinding itu perlu diberikan nafas baru dengan memberikan kesan impak pada dinding tersebut. Jadi saya memilih memberikan tekstur pada cat di dinding tersebut. katakan tidak pada cat menggunakan kaedah biasa dengan satu tona warna sahaja. Biasanya teknik ini kita ada gunakan di rumah 'mewah'. Tetapi kali ini saya mahukan ia di sekolah pula. 

 
Secara praktikalnya, kami akan bersama Artgeng iaitu satu cabang Kebiataraan Kelab Seni sekolah untuk membina jalinan projek ini. Berikut beberapa idea yang dapat saya berikan sebagai pilihan. Terdapat juga gambar yang menyatakan cara bagaimakah tekstur-tekstur tersebut terhasil.

Inilah beberapa tekstur warna yang menarik perhatian saya. Bagaimana ia terhasil? 
Lihat pada teknik-teknik di bawah ini.

Berus cat bermain dengan kadar tekanan berus dan kawalan tangan. Selalu kita kata murid ada maslah psikomotor, kali ni kita uji psikomotor kita pula.

Sikat / Garfu

Sikat poket budak lelaki sekolah menengah ;) hhehehe

Ni pula berus segala macam berus lah

Sponge adik beradik spongebob tu.



Span basuh pinggan, dah habis jangan pula diguna basuh pinggan lepas tu!

Yang ni nampak ditenyeh dengan beg plastik aje... Tapi perlu ada kelembutan dan mainan tangan di situ.

Yang ni memang alat untuk mengecat. Roller, tetapi Roller dengan tekstur kasar

Berus kain pun boleh beri impak yang hebat.

Sekarang kita lihat pula idea dari klip ini. Awesome!! Rasa tak sabar nak bertekstur di sekolah. OK, sampai jumpa lagi untuk idea lain pula.

Sunday, March 2, 2014

HISTORY RACE EPISOD 5

OUR FRIENDSHIP, STRONG ENOUGH?

Garis Permulaan - 7 Pasukan
Perlumbaan diteruskan pada semster kedua persekolahan. Perlumbaan kali ini hanya melibatkan 7 buah pasukan sahaja dimulai dengan psukan Chaous Charmed pada tepat jam 3.00 petang dan pasukan terakhir Skull Force dilepaskan pada jam 3.06 minit. Persaingan sangat sengit kerana jarak masa antara pasukan tidak banyak perbezaan.



BLOK 1- TING TING QUEST
Setiap pasukan perlu masuk ke dalam petak permainan yang disediakan untuk menjawab soalan-soalan kuiz. Pasukan akan diberikan dengan set pilihan jawapan samada A,B,C,D, Ture & False. Setiap ahli akan menjawab soalan yang berkisar tentang penegtahuan umum secara berperingkat dan secara individu. Setiap ahli pasukan tidak dibenarkan untk membantu aslu pasukannya yang lain menjawab. Jika ahli pasukan yang terakhir berjaya menjawab betul dan tiba di petak terakhir, pasukan akan diberikan Kad Info Blok 2.

BLOK 2 - BOLA & SEJARAH
Dalam blok cabaran ini, pasukan melakukan aktiviti cabaran berbentuk fizikal di mana setiap ahli pasukan perlu bermain secara berasingan tiga permainan berbeza yang melibatkan bola iaitu bola hoki berliku melalui kon-kon secara zig-zag tanpat terputus. Jika kawalan dan laluan bola hoki terputus, ahli tersebut perlu melakukannya sekali lagi sehingga berjaya. Ahli kedua perlu menjaringkan 5 gol bola sepak dan pasukan pertama yang berjaya menjaringkan 3 gol berturut-turut akan diberikan Kad Transit. Ahli ketiga pula perlu menjaringkan 5 jaringan bola jaring. Permainan adalah mengikut sistem giliran antara pasukan.












HISTORY RACE - EPISOD 4


MIND YOUR BRAIN





 

 



HISTORY RACE EPISOD 3

OUR STOCKADE


 
Garis Permulaan - 10 Pasukan

Pasukan mula dilepaskan pada jam 3.15pm di garisan penamat Episod 2. Semua pasukan mempunyai ahli yang cukup melainkan pasukan Historical yang hanya diwakili oleh Ada & Noriah. Pasukan Brainiest Gurlz dikenakan denda kerana Awin tidak membawa tag Nama History Race. Pasukan ini terpaka menunggu untuk dilepaskan selepas pasukan Southpark dilepaskan .

 

  
 







Saturday, March 1, 2014

INSPIRASI SAHABAT (HISTORY RACE)

Dari sebuah program persatuan, History Race, jelas terpupuk semangat kecintaan terhadap sahabat, rasa  hormat-menghormati, nilai kasih sayang dan saling bersaing secara sihat. Atas penghormatan terhadap barisan hebat krew-krew program  dan semua pasukan dalam History Race, saya buat video ini khas untuk kalian.


Salam persahabatan

Friday, February 28, 2014

HISTORY RACE - EPISOD 2 ~ BE ENERGETIC

STARTING LINE - GELANGGANG TAKRAW
Jam 3.00 petang, Chaous Charmed, pasukan pertama dilepaskan. Disusuli dengan Sklerenkima 1.30 minit kemudian dan pasukan terakhir Wild Force pada jam 3.12 petang. Beza masa pasukan dilepaskan bergantung samada lebih atau kurang lima minit waktu pasukan tiba pada episod lalu. Pasukan Historical mengambil risiko berlumba dengan dua orang ahli sahaja iaitu Ada dan Wawa kerana Noriah mengalami masalah kesihatan.

BLOK 1 - SEKOLAHKU SEJARAHKU ~ PIAGAM SEKOLAH
Dalam blok ini, pasukan diberi pilihan untuk menyelesaikan satu daripada 2 tugasan.
Tugasan 1 - Melukis dan memberi maksud lencana SMKGP, menulis lirik lagu Didikan Asas Jaya dan menjawab lima soalan sejarah sekolah ini.
Tugasa 2 - Melukis pelan sekolah dan melabelkan bilik dan mengisi kedudukan kelas tingkatan 1 hingga 6. Kebanyakan pasukan memilih untuk menjawab Tugasan 1 dan hanya beberapa pasukan memilih Tugasan 2 kerana tidak dapat menjawab 5 soalan sejarah sekolah pada Tugasan 1.

BLOK 2 - AKADEMIK SEJARAH ~ KANAN & KIRI
Pasukan perlu mencari pasangan fakta sejarah yang dicetak pada kertas-kertas yang diselerakkan di gelanggang bola tampar. "Games' ini menguji kemampuan daya ingatan ahli pasukan dan pengetahuan fakta sejarah. Pasukan terpaksa bermain secara bergilir-gilir appabila pasukan lain tiba di sini. Di sinilah pasukan berpeluang untuk memotong kedudukan pasukan lain.

 BLOK 3 - IQ ~ SMS
Bertempat di Kolam Ikan Bengkel Seni, pasukan perlu menjawab 3 soalan menggunakan konsep SMS seperti apda telefon bimbit. Pembayang dan nombor ajwapan diberikan. Pasukan hanya perlu menukar nombor tersebut keapda huruf untuk menemukan jawapan yang tepat.

BLOK 4 - EKSTRA ~ KAPAL TERBANG KERTAS
Pasukan perlu mencari 3 kapal terbang kertas bercop SMKGP. Cabaran untuk pasukan kerana kapal terbang tersebut berada di 3 tempat berbeza dan di setiap satu tempat terlalu banyak kapal terbang yang berserakan. Pasukan yang bijak mengatur strategi akan berpecah untuk mendapatkan kapal terbang tersebut dengan cepat. tetapi ekbanyakan pasukan mencari kapal terbang kertas tersebut secara bersama-sama. Pasukan yang menemukan 3 kapal terbang kertas putih tersebut perlu menukarkannya dengan kapal terbang kertas biru yang menyatakan destinasi terakhir (Pit Stop) untuk episod kali ini.

PIT STOP - TAPAK BENGKEL PERTANIAN
4 minit lambat di belakang Wild Force, Sri Panca Delima - MR, Donny & Hairy adalah pasukan terakhir yang tiba pada episod kali ini.Ini bermakna, mereka adalah pasukan pertama yang disingkirkan dari perlumbaan ini. Namun syabas diucapkan kepada Sri Pancha Delima kerana berjuang dengan cemerlang walaupun tewas dan mengamalkan permainan yang bersih. Tahniah juga untuk Historical kerana berlumba tanpa ahli yang cukup. wild Force terselamat dari tersingkir kerana memintas Sri Pancha Delima dengan menggunakan Kad Transit. Teruskan perjuangan anda untuk episod kana datang!

HISTORY RACE - EPISOD 1 ~ THE RACE BEGIN

Salam Blog untuk semua,

Setelah hampir sebulan persediaan dibuat, tibalah masanya Episod 1 iaitu History Race '04 dilancarkan dan ini bermakna, program ini harus berlangsung sehingga episod terakhir. Ini juga membawa maksud, aktiviti persatuan telah pun terisi untuk sekurang-kurangnya 10 minggu perjumpaan. Secara tidak langsung guru dan pelajar samada peserta mahupun krew akan terlibat secara aktif dalam aktiviti persatuan. Menarik bukan?

Jadi mari kita sama rasai keseronokan mereka berlumba dalam setiap episod The History Race '04.

EPISOD 1
   


11 team dilepaskan serentak pada jam 3.30 petang di Dataran kejat di hadapan tiang bendera. Mereka tidak menduga akan melalui blok cabaran yang begitu mencabar dan pelbagai kemungkinan akan berlaku sepanjang perlumbaan.

 Blok 1 - Satu Ikatan

Team disatukan dengan mengikat badan mereka menggunakan tali, benang dan kertas. Team akan bergerak  dari satut emapt ke satu tempat yang lain di kawasan sekolah. Kebanyakan team terpaksa mengulangi ikatan kertas kerana kerap terputus dalam perjalanan dari kantin ke gelanggang Blok A. Team perlu menuju anak tangga gelanggang Blok A untuk mendapatkan kad info ke 2
 
 Blok 2 - PIRAMID SEJARAH
Kemahiran komunikasi yang berkesan memudahkan team. Seorang ahli team membayangkan perkataan dengan lisan (tidak boleh membuat sebarang gerakan) sementara 2 orang ahli team meneka perkataan tersebut mengikut kategori yang dipilih. Setiap kategori mengandungi 10 perkataan yang perlu dijawab dalam masa 1 minit. Team yang gagal dikenakan denda menunggu team yang berikutnya. Kad Transit disediakan di sini dan team boleh skip Blok 3 atau Blok 4.

BLOK 3 - IRAMA PATRIOTIK
Kesyunyian SMKGP petang Jumaat digamatkan dengan suara emas team. Dalam blok ini, team perlu menyanyikan lagu wajib iaitu Negarakku dan Didikan Asas Jaya (Lagu Sekolah). Setiap ahli pula secara bersendirian perlu menyanyikan lagu pilihan samada Jalur Gemilang atau Keranamu Malaysia. Sebahagian team hanya menyanyikan lagu wajib kerana dibatasi oleh faktor masa,

BLOK 4 - SEKOLAHKU SEJARAHKU @ LOGO&KELAS
Kebanyakan masa team banyak dihabiskan di sini kerana team perlu mendapatkan 10 logo History Race di kelas tingkatan yang berbeza. Kecuaian beberapa team mengambil logo dengan tidak mengikut sususan menyebabkan kelewatan dalam menyempurnakan tugasan blok.

PIT STOP - GELANGGANG TAKRAW
Keputusan tiada pengingkiran pada episod ini menggembirakan team terakhir uang tiba dan memberi semangat persaingan yang lebih kepada team lain. Keriangan jelas tergambar pada wajah semua team kerana keseronokan menyertai perlumbaan akademik ini.


Sampai jumpa di post Episod 2...

History Race

Saya seorang individu yang suka melihat, memerhati dan cuba menyelaminya pada setiap apa yang saya lalui seharian. Begitulah yang terjadi apabila saya menonton rancangan siri realiti popular The Amazing Race. (Season 1). https://www.facebook.com/amazingrace?fref=ts



      Saya melihat keseronokan peserta berlumba menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menuju ke destinasi terakhir secepat mungkin untuk mengelakkan dari tersingkir. Idea ini terus berkembang dan saya rekodkan di dalam komputer. Ketika itu saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

PENGURUSAN PROGRAM

 Peluang menjadi guru tidak saya lepaskan untuk bergiat aktif menyalurkan idea ini dan hasil perbincangan bersama guru penasihat dan pentadbir, kertas kerja program ini telah diluluskan dan bermulalah episod pengurusan. Berikut saya kongsikan kronologi pengurusan program ini.

1. Brainstorming idea di peringkat Pentadbiran dan pengurusan Guru Penasihat.
2. Kelulusan Kertas kerja & Penajaan Sumber kewangan
3. Mencari barisan krew di kalangan murid / ahli persatuan
4. Iklan dan promosi program
5. Pencarian peserta secara berkumpulan
6. Mengumpul idea, bentuk tugasan, tarikh pelaksanaan, bahan dan sumber program
7. Taklimat krew mengenai pelaksanaan pertandingan setiap episod
8. Taklimat peserta mengenai syarat pelaksanaan dan memorandum penyertaan
9. Pelancaran Program bermula Episod 1
10. Episod 2 sehingga Episod Akhir khas Merdeka
11. Penyampaian hadiah
12. Postmorterm program bersama guru penasihat dan barisan krew.
13. Re union peserta dan krew program.

Pengurusan program (Episod 1) mengambil masa selama 3 minggu.bermula dari sesi Brainstorming sehingga Episod 1 (Pelancaran Program).

Cara Permainan :

SISTEM EPISOD
- Perlumbaan dijaankan secara episod mengikut hari kokurikulum.
- Dalam setiap episod, peserta harus menyelesaikan semua 4 tugasan dan berlumba. Peserta yang terakhir sampai di garisan penamat akan tersingkir.



BLOK CABARAN

- setiap episod, peserta perlu menyelesaikan 4 tugasan / blok cabaran iaitu, Akademik Sejarah, IQ Games, Sekolahku Sejarahku dan Cabaran Ekstra.

Untuk foto-foto lanjutan tentang pengurusan, saya ada post kan di facebook mengenai iklan, team, dan lain-lain lagi. Klik di sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.378442418964830.1073741830.377937429015329&type=1



SMKGP, Satu Sejarah

Sejarah


Sekolah Menengah Gelang Patah merupakan paltform di mana saya  berkhidmat sebagai guru. Di sini saya berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bermula Ogos 2003 sehinnga Disember 2004. Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang berkhidmat di sini. Apa yang menyeronokkan, dalam usia setahun jagung dan tanpa pertauliahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia, saya diberi kepercayaan untuk menganjurkan program, melatih murid dan sebagainya sepertimana guru yang bertauliah. Dari sini saya mula menyedari akan kemampuan dan kecintaan saya dalam dunia perguruan. Untuk throwback penglibatan saya di SMKGP, sila lihat album

Alhamdulillah, usaha saya yang sedikit dan dalam masa yang singkat ini diberikan anugerah sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Aktif melalui Persatuan Sejarah pada Karnival Hari Kokurikulum SKM Gelang Patah 2014. Terima kasih atas kepercayaan ini kerana anugerah ini mengenepikan guru-guru sedia ada. malu pun ada juga untuk menerimanya kerana saya hanya 'menumpang' seketika.


Seperti tujuan asal blog ini untuk mengetengahkan idea kreatif guru untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif, untuk post seterusnya, saya akan berkongsi dengan Program History Race yang menjulang nama saya di SMKGP 2004.


Selamat Datang




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung. Suka untuk saya berkongsi rasa keterujaan saya terhadap dunia pendidikan yang hampir satu dekad saya lalui. Di sini saya akan kongsikan pengalaman, kejayaan, teknik dan ABM yang menarik dan kreatif untuk diaplikasikan oleh guru-guru semua. Semoga perkongsian ini membuahkan sesuatu yang positif dan cikgu-cikgu lebih kreatif dan inovatif untuk menghasilkan murid yang lebih aktif dan produktif.